Jumaat, April 29

Ahhh Lega

Aku terlentang, tak sedap. Aku mengiring ke kiri. Aish orang cakap tak baik baring mengiring ke kiri. Entah kenapa, aku pun tak sempat nak kaji lagi. Aku mengiring ke kanan, pun rasa macam ayam berak kapur *eh betul ke peribahasa aku guna ni. Ah, last last aku terlentang balik. Aku tenung siling, siling tenung aku. Aku dah segan. Aku duduk pulak. Aku hadap cermin. Nampak separuh je badan aku. Hmm, kurus jugak aku ni, getusku di dalam hati. Memang silap besar lah Jinba complain aku gemuk setiap kali berhimpit himpit nak tengok movie. Aku berdiri. Aku belek belek muka aku. Cehh apesal muka aku remuk sial? Aku rapatkan muka aku ke cermin. Dang! Sejak bila cermin ni retak? Habis hilang ke-macho-an semula jadi aku.

Okay aku harus mengarahkan hati dan perasaan aku ke tujuan asal.

To do or not to do ?

Aku tenung laptop. Jam kat laptop dah pukul 3:57 a.m. Pehhh macam takkan tidur je hari ni. Aisehmen, hati tak tenang lagi.

Aku selak selak laman sosial Facebook. Manusia yang online pun makin berkurangan. Ke laman twitter pulak, sibuk kecoh pasal Real dengan Barca. Tak kisah lah apa apa pun, yang penting Messi best (Y) *tetiba; padahal tak tau apa pun.

Okay aku merepek lagi. Aku kena pandu hati aku ke arah yang benar.

Aku buka file computer. Banyak video. Kan best kalau aku upload mana mana satu. Aku pun belum pernah upload apa-apa video lagi. Mungkin dah tiba masanya.

Tapi,

Aduh, hatiku berbelah bahagi. Diluah mati emak, ditelan mati bapak *okay yang ni aku sangat pasti akan penggunaannya. Aku tarik handphone dari poket. Aku bukak inbox. Aku scroll ke bawah dan jumpa satu message yang salama ni menghantuiku sampai membuatkan hatiku tak tenteram.

"Assalamualaikum aku nak mintak tolong. Gambar aku yg tak elok2 tu jgn disiarkan kat fb tau. Harap kau boleh tolong bagi kerjasama thanks *smiley sengih sengih* "

Anyone? Boleh tolong aku definisikan "tak elok2" tu?

Takpe, kita K.I.V. je soalan tu.

Hati aku makin tak keruan. Peluh jantan hampir memercik di dahi, tapi nasib baik tak sempat sebab aku betina perempuan. Aku dah tak boleh tahan dah ni. Rasanya kalau ada 70 orang lelaki panas dan perkasa kat depan aku pun aku boleh persetankan mereka hanya kerana keinginan di dalam hati yang semakin memuncak. Okay, dah tak boleh kawal. Aku harus laksanakannya sebelum peluang ini lesap dari pandangan. Masa tu aku teringat kaunselor kat sekolah dulu ada cakap, "Grab a chance, you might just have it once in a lifetime". Lebih kurang macam tu lah.
Okay, bersambung. Maka, aku mengkujurkan badan aku atas katil. Kaki lurus dan kepala tegak; menghadap skrin laptop.

Mereka harus tahu!

Mereka harus lihat!




Aku  bersyukur, akhirnya :')

Khamis, April 21

Aisehmen

Ni yang bosan ni, perkara biasa bila dah kat rumah memang payah nak duduk jauh jauh dari laptop. TV tak tengok pun takpe tau. Yang penting bila dah kat rumah mesti nak hadap laptop. Tak kisah lah layan FB sampai lebam ke, bukak Billboard tengok lagu lagu latest ke, bukak Youtube tengok video clips (oh btw aku baru je tengok Christina Perri's Jar of Hearts; best gila oooo), merayau kat Blogspot baca luahan luahan hati melankolik member ke.

Haaa.

Masalahnya, takkan ni yang aku nak buat selama cuti +-5 bulan ni?

Eh, jap. Lupa nak habaq. Cuti 5 bulan?

Hehohihehohihehohihehohi :D

OMG OMG the FINAL IS FINALLY OVER !!!
I'VE GRADUATED MATRICS !!!
*screaming out loud insanely on the peak of a hill

So, guys let's enjoy the f-ing fun of doing nothing at all!

Apekedehal orang dah balik semalam baru nak cerita hari ni :3


Teruja sangat ni. Let her be, let her be.



Got lots more bags to be unpacked. Anyone?

p/s : Cerita Ketut Liyer macam dalam paper English hari tu sumpah buat aku sangap nak tengok Eat Pray Love. Tapi bila dah tengok takde lah best mana. Ceiss :\