Jumaat, Oktober 14

Tak menang, belum kalah.

Kadang-kadang aku pelik. Kenapa mesti wujud perkataan janji. Promise. Kenapa? Siapa yang invent perkataan tu? Kenapa ada orang yang sanggup cakap macam-macam janji tapi at last dia pijak janji tu macam tu je. Kenapa? Kenapa ada orang sanggup janji nak belikan kau hadiah sebelum kau pergi belajar jauh-jauh, tapi dia tak bagi pun? Kenapa kau cakap kau tak akan korek hidung in public, tapi kau buat jugak? Kenapa ada orang cakap dia sayang kau sangat-sangat tapi at last dia blah dari hidup kau macam tu je? Kenapa ada orang cakap kau lah orang paling sepesial dalam hidup dia tapi at last dia buang kau macam roti kulat je? Kenapa ada orang cakap jangan berhenti ingat dia tapi at last dia yang buat kau rasa macam kau tak wujud? Kenapa ada orang cakap dia akan berada di sisi kau, no matter your ups or your downs, tapi at last, dia biarkan kau sorang yang rasa sedih? Kenapa ada orang cakap kau lah segala-galanya dalam  hidup dia tapi at last dia anggap kau sama macam kawan-kawan dia yang lain? Kenapa ada orang cakap dia sayang kau walaupun kau tak kenal dia, sampai kau jadi betul-betul sayang kat dia and at last terbukti dia lebih sayangkan bola rugby dia, jersey bola keranjang dia, handphone belekberi dia, putung rokoks dia?

Dia pergi macam tu je, takde curi-curi toleh pandang kau kejap, takde. Dia biar kau sorang-sorang rasa kecelakaan yang dia dah tinggalkan dalam organ dalaman kau yang dekat-dekat dengan limpa kau tu. Dia pergi tak cakap apa-apa tak selit ampun maaf jumpa lagi take care, takde. Dia pergi macam tu je. Macam tu je.

Well, I used to think that I can't live without you. Guess what? You left, I survived.