Jumaat, Oktober 14

Tak menang, belum kalah.

Kadang-kadang aku pelik. Kenapa mesti wujud perkataan janji. Promise. Kenapa? Siapa yang invent perkataan tu? Kenapa ada orang yang sanggup cakap macam-macam janji tapi at last dia pijak janji tu macam tu je. Kenapa? Kenapa ada orang sanggup janji nak belikan kau hadiah sebelum kau pergi belajar jauh-jauh, tapi dia tak bagi pun? Kenapa kau cakap kau tak akan korek hidung in public, tapi kau buat jugak? Kenapa ada orang cakap dia sayang kau sangat-sangat tapi at last dia blah dari hidup kau macam tu je? Kenapa ada orang cakap kau lah orang paling sepesial dalam hidup dia tapi at last dia buang kau macam roti kulat je? Kenapa ada orang cakap jangan berhenti ingat dia tapi at last dia yang buat kau rasa macam kau tak wujud? Kenapa ada orang cakap dia akan berada di sisi kau, no matter your ups or your downs, tapi at last, dia biarkan kau sorang yang rasa sedih? Kenapa ada orang cakap kau lah segala-galanya dalam  hidup dia tapi at last dia anggap kau sama macam kawan-kawan dia yang lain? Kenapa ada orang cakap dia sayang kau walaupun kau tak kenal dia, sampai kau jadi betul-betul sayang kat dia and at last terbukti dia lebih sayangkan bola rugby dia, jersey bola keranjang dia, handphone belekberi dia, putung rokoks dia?

Dia pergi macam tu je, takde curi-curi toleh pandang kau kejap, takde. Dia biar kau sorang-sorang rasa kecelakaan yang dia dah tinggalkan dalam organ dalaman kau yang dekat-dekat dengan limpa kau tu. Dia pergi tak cakap apa-apa tak selit ampun maaf jumpa lagi take care, takde. Dia pergi macam tu je. Macam tu je.

Well, I used to think that I can't live without you. Guess what? You left, I survived. 

Ahad, Mei 8

A Love Letter.


Hari tu tak panas, tak mendung. Biasa-biasa je lah. Masa tu Fatien Amirah baru 9tahun. Sekolah rendah lagi. Comel? Tak pun, selekeh sikit. Nak perasan Fatien ni senang je, dia lebih tinggi daripada kebanyakan kawan-kawan dia. Tapi tak boleh kalahkan Liza, budak perempuan paling tinggi kat sekolah. Aku tengok jam, dah masuk pukul 3.35 petang. Masa pertama untuk subjek Bahasa Inggeris. Aku tak suka subjek ni dulu. Sebab tu susah sangat nak dapat A sampailah peperiksaan percubaan UPSR. Tapi takpe, sebab teacher Linda baik orangnya, aku layankan aje. Eh, boleh eh camtu?

"Alamak," teacher Linda mengeluh. Tak, aku tak pasang telinga lah! Aku duduk meja depan, sebab tu aku boleh dengar. Teacher Linda pandang aku. Eh tak, pandang kitorang. Aku dan Diyanah.

"Girls, can you help me?" tanya teacher Linda. Aku pandang Diyanah. Diyanah pandang teacher.

"Yes?" Diyanah jawab. Aku tak jawab, bukan aku taknak tolong. Aku kan pendiam, tolerable lagi, aku bagi la peluang untuk Dian sembang-sembang dengan teacher. Oh ye, nama mesra Diyanah ialah Dian. Tapi masa tu tak panggil Dian lagi. Dah besar baru panggil Dian. Masa sekolah dulu tak ingat nama panggilan dia apa, tapi aku nak panggil Dian jugak. Senang, pendek.

"Please take your friends' English 3 books on my table, in the staffroom," Aisehmen. Kena pegi staffroom ke ni? Aku dah tak sedap dah.

"Okay," Laju je Dian jawab. Terus dia pandang aku. "Jom ah," semangat membara api betul minah ni. Tau lah nak dapat sticker "Pelajar Berhati Murni". heheh, Dian kalau you baca ni, jangan marah I tau, hikhik.

Tapi aku tak senang nak pergi staffroom. Pergi staffroom, means aku akan terserempak dengan ibu. Walaupun ibu ajar sesi pagi, tapi selalunya around 3p.m. dia belum balik lagi. Sama ada menanda karangan bahasa Melayu atau sembang gosip panas dengan cikgu-cikgu lain. Masa tu staffroom kat tingkat 2. So, dari kelas aku, kena lah naik tangga tapi blok lain-lain. Tak jauh pun sebab blok kitorang bertentangan. Masa naik tangga tu lah aku sempat intai kawasan parkir. Proton Wira maroon ibu ada lagi. Ish.

Terus aku teringat kisah pagi tu.

* * * * *

Masa tu baru balik dari sekolah agama. Aku tengok jam, baru pukul 11.15 pagi. Aku ingat nak tidur dulu, baru makan. Korang tau, aku ada banyak gang kat sekolah dulu. Biasalah budak-budak. Gang main lain, gang nak pegi kantin lain, gang nak pegi bookshop lain, gang kat sekolah agama lain. Haa. Yang ni, aku ada gang anak-anak cikgu. Sorry la kitorang takde nama best macam Geng Bas Sekolah tu khrkhr. So, after sekolah agama, akan ada cikgu (one of our members of gang-anak-cikgu punya mak) akan amik kitorang pergi sekolah kebangsaan. Hidup kitorang tak macam korang. Boleh balik rumah, lunch kat rumah, sempat tidur atas tilam, tengok tv, main dengan hamster ke. Kitorang lepak sekolah je :'( Kira transit ah. Sebelum start sesi petang kitorang makan, mandi, tukar baju semua kat sekolah. Tak daif pun. Kitorang bahagia macam ni :')

Dan tengah hari tu, lepas je aku tukar baju biru kain biru gelap, aku naik staffroom. Selalunya ibu beli nasi untuk lunch dan dia akan letak atas meja dia. Lepas tu aku dengan Ain Farhana atau nama manja dia Nana, lepak kat pondok makan sama-sama. Nana sama sekolah rendah dengan aku lepastu kitorang jumpa balik dekat Matriks :')

Tapi, tengah hari tu. Ya, tengah hari tu, aku hampa. Ibu takde kat meja beliau, dan lebih menghampakan, takde makanan pun atas meja ibu. Apa ni ibu, pagi tadi sebelum hantar aku pegi sekolah agama dah pesan untuk jumpa dia kat staffroom. Sekarang, ibu pulak takde. Aku keluar dari staffroom, tapi masa nak keluar aku terserempak dengan ibu.

"Haa, ibu. Akak cari..." tak sempat pun aku habis cakap ibu tarik lengan aku.

"Kakak ikut ibu," dah lumrah alam, kalau orang pegang tangan kau mesti kau ikut mana dia pegi. Maka aku pun ikut mana ibu bawak aku. Aku ingat ibu nak bawak aku pegi kantin.

Aku silap besar. Ibu bawak aku masuk staffroom balik, tapi ikut pintu lagi satu. Damn, sangkaan aku meleset seratus peratus. Ibu dudukkan aku kat kerusi. Maka aku pun duduk, malas aku nak ulang part lumrah alam tadi. Aku baru je nak meluahkan perasaan aku bahawasanya perutku dalam kelaparan, tapi ibu yang meluahkan perasaan beliau terlebih dahulu.

"Kenapa teruk sangat ni kak?" soal ibu. Dia keluarkan kertas. Kertas ujian. Kertas peperiksaan, to be exact. Ada nama aku. Nama kelas aku. dan yang paling signifikan ialah nombor yang ditulis dalam bulatan dengan pen merah pada penjuru kanan atas kertas tu. Satu angka. 75%. Ya, 75%. Teruk, bukan? Biasalah dulu, 75% tu dikira sikit dan teruk. Tapi kali ni  memang aku rasa sangat teruk. 75% untuk Matematik darjah Tiga? Astaghfirullahalazim, ape nak jadi dengan kau ni, Fatien? Sempat aku bermonolog dalaman.

Aku senyap. Dah tu, nak cakap apa, kang ibu cakap aku melawan. Aku senyap je lah. Aku tak tau nak cakap/buat apa. Aku takut nak pandang muka ibu. Aku tau dia marah sangat dengan aku. Dari ujian sebelum tu markah Matematik aku teruk sangat. Aku dah cakap dah dulu, aku memang ada masalah besar dengan Matematik. Tak lama tu aku dengar footsteps. Ya Allah, jangan lah ada cikgu lain dengar ibu marah-marah aku ni. Segan, tahu?

"Ala kak Yati, takde ape la. Fatien ni dia kuat berangan je dalam kelas. Nanti kalau saya perasan dia pandang tempat lain saya panggil la dia, jawab soalan kat depan ke.." Ciss, ni ugutan ke ape ni. Aku dongak. Dah agak dah. Cikgu Rozita, guru kelas aku merangkap cikgu Matematik aku jugak. Tegas, garang do. Korang memang tak boleh main-main dengan dia.

Aku tunduk balik. Kalau nak cerita bab hati dan perasaan, aku memang fail kat sini. Tapi serious aku cakap aku sebak. Hati budak 9tahun aku masa tu memang cepat sengat tergoyah ke-macho-annya, maka aku menangis. Ya, aku memang pantang kena marah dengan ibu. Ayat ibu memang senang buat orang touching.

"Kau main-main dalam kelas ke kak...blablabla.."

"Ibu dah bagi kau dengan Cikgu Rozita pun macamni jugak result kau...blablabla..."

"Kau nak ibu hantar kau tuisyen math pulak ke...blablabla.."

dan blablabla. Dan yang paling touching sekali, ibu compare-kan aku dengan classmate aku. Ya, classmate aku yang aku tengah jalan menuju ke staffroom bersama di dunia nyata ni, Dian. Dian pandai, tapi aku lagi pandai, sepatutnya. Sebab since darjah Satu, markah kitorang memang selalu dekat-dekat. Tapi still, aku yang selalu menang. Dan kali ni, keputusan peperiksaan pertengahan tahun darjah Tiga dah keluar, aku kecundang di tangan Dian. Dian belum tau, sebab selalunya memang selalu aku yang akan tau dulu sebelum kawan-kawan lain; sebab ibu; sebab ibu rajin sangat pergi jumpa Cikgu Rozita tanya segala markah dan keputusan aku!

Aku sedih. Ya, aku sedih. Tapi aku sedih dengan cara budak perempuan yang macho tengah sedih ah. Korang jangan bayang budak perempuan cengeng pulak. Mulalah ibu cakap aku dah tak fokus belajar dalam kelas. Sibuk praktis gimrama sampai tak belajar. Sibuk praktis choral speaking la, tu la, ini la. Ibu cerita lah, Dian dulu biasa biasa je, lepastu bila kawan dengan aku, Dian dah jadi top student dalam kelas. Aku tak boleh main main, sebab nanti senang sangat Dian nak potong aku. Aku dapat nombor dua dalam kelas, Dian ambik tempat aku, pertama. Ibu, nombor dua kira okay lah ibu! Tak, ibu taknak dengar, ibu tak akan peduli. Dia nak aku dapat nombor satu selalu dalam kelas. Dengan cubitan berbisa kat perut, aku malas nak cakap kan. Bisa do! Ok dah.

Aku merajuk dengan ibu. Aku tak makan tengah hari pun haritu dan biar Nana makan sorang-sorang. Aku rasa macam dunia ni sangat unfair. Aku rasa nak pindah pergi dunia lain.

* * * * *
"Oi, berangan," Dian sergah aku.

"Tett, mana ada," kitorang dah sampai staffroom pun. Nak cari meja teacher Linda tak susah. Dekat dengan tingkap, meja kedua. Tapi jauh dengan meja ibu. Oh, ibu. Aku pusing. Dem, ibu ada lagi. Aku kena blah cepat-cepat ni. Ye lah, aku kan tengah merajuk dengan ibu. Kena ada tempohnya, mana boleh 'kawan' lagi. Tak sampai 6jam pun.

Dah jumpa buku English 3 kitorang, aku bawak separuh, Dian bawak separuh, then kitorang blah.

"Eh, ibu kau," Dian juihkan bibir dia ke arah meja ibu. Aish, Dian ni.

"Ya, nampak," aku jawab selamba. Dah keluar dari staffroom, kitorang guna jalan ke kanan untul balik ke kelas. Malangnya, ada kelas budak darjah 2 ni tengah beratur depan kelas ramai-ramai. Cehh, traffic jam. Terpaksa guna jalan jauh. dan, terpaksa lalu jalan yang menghadap meja ibu. 

Aku jalan dengan selamba. Selamba, dan sangat selamba. Aku tak pandang tempat lain melainkan lantai. Tapi  mata Dian melilau dalam staffroom. Tah ape dia tengok.

dan, masa tu jugak lah aku dengar nama aku dipanggil. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Suara ibu. Aku tak berani toleh. Suara ibu tak garang. Tapi manja. Mesra la, lagi best nak describe. Macam suara seorang ibu yang girang gembira nak amik anak kecik dia kat nursery setelah berjauhan selama berjam-jam. Hati aku tersentuh ah. Ceceyh. Apa ni, ibu. Jangan lah panggil, orang tengah merajuk ni. 

"Kakak...Kakak," mesra gila. Sumpah. Tak macam pagi tadi masa dia marah-marah aku pasal kertas Matematik aku. Sumpah aku taktau apa perasaan aku. Kecik-kecik dah ada ego. Aku berusaha untuk tak toleh ke arah ibu. Aku teruskan berjalan sampai hujung staffroom, dan ibu masih lagi memanggil dengan suara mesra beliau. Shit, aku rasa bersalah gila, but yet, aku still tak pandang ibu. Dian dah pandang aku pelik semacam je.

Sampai lah kitorang dah lepas staffroom, pandangan aku kabur. Tak, tak. Wak lu aku nak pengsan. Pandangan aku kabur sebab ada air mata lah! Aku rasa serba salah gila. Faham tak? Sumpah aku taktau macam mana nak terang dah. Dah la, sampai sini je la kisah teladan kita ya kawan-kawan. Nilai dan pengajaran, balik cari sendiri dalam buku.

Kesimpulannya, selamat hari ibu! Walaupun sepatutnya kita hargai our mom setiap hari, tapi apa salahnya kita sepecial-kan hari ini sebagai hari ibu sedunia, kan kan. Tak gitu? hehheh

I love you ibu, even akak tau, makin besar ni perangai akak makin tak matang. Suka buat dunno bila ibu suruh buat kerja, suka buat taktau bila ibu panggil, malas masak, malas belajar, suka tidur dan sebagainya; tapi ibu sorang je ibu akak dalam dunia ni. Akak nak sayang siapa lagi? Haa, ibu lah! Hikhik.




Abaikan text dalam gambar di atas, sila puji aku yg
rajin dan kreatif edit gambar :)
*ya, anda tak salah. Kami dlm gambar masa aku
kat Integomb dulu.


Haa, inilah ibu aku. Yang garang, cantik, emosional lah sikit. Tapi sekarang ibu dah tak boleh garang-garang sangat nanti darah ibu naik :( Ibu dah tak jadi cikgu dah sekarang. Tak, belum pencen lagi ye u'olls. Ibu saya baru 45 tahun. Baru eh? Hm boleh lah. Ibu kerja kat kementerian. Dulu senang sikit nak celebrate Mother's Day boleh sekali dengan Teacher's Day. Tapi sekarang dah lain. Huehuehue :D

Dah lah, padan muka korang siapa suruh rajin membaca sangat. Takde award untuk pembaca entri terpanjang pun.

SELAMAT HARI IBU, Pn Khayati Rafiee@Rani !

We Love You Loadsss :)

Okaythanksbye.

Jumaat, April 29

Ahhh Lega

Aku terlentang, tak sedap. Aku mengiring ke kiri. Aish orang cakap tak baik baring mengiring ke kiri. Entah kenapa, aku pun tak sempat nak kaji lagi. Aku mengiring ke kanan, pun rasa macam ayam berak kapur *eh betul ke peribahasa aku guna ni. Ah, last last aku terlentang balik. Aku tenung siling, siling tenung aku. Aku dah segan. Aku duduk pulak. Aku hadap cermin. Nampak separuh je badan aku. Hmm, kurus jugak aku ni, getusku di dalam hati. Memang silap besar lah Jinba complain aku gemuk setiap kali berhimpit himpit nak tengok movie. Aku berdiri. Aku belek belek muka aku. Cehh apesal muka aku remuk sial? Aku rapatkan muka aku ke cermin. Dang! Sejak bila cermin ni retak? Habis hilang ke-macho-an semula jadi aku.

Okay aku harus mengarahkan hati dan perasaan aku ke tujuan asal.

To do or not to do ?

Aku tenung laptop. Jam kat laptop dah pukul 3:57 a.m. Pehhh macam takkan tidur je hari ni. Aisehmen, hati tak tenang lagi.

Aku selak selak laman sosial Facebook. Manusia yang online pun makin berkurangan. Ke laman twitter pulak, sibuk kecoh pasal Real dengan Barca. Tak kisah lah apa apa pun, yang penting Messi best (Y) *tetiba; padahal tak tau apa pun.

Okay aku merepek lagi. Aku kena pandu hati aku ke arah yang benar.

Aku buka file computer. Banyak video. Kan best kalau aku upload mana mana satu. Aku pun belum pernah upload apa-apa video lagi. Mungkin dah tiba masanya.

Tapi,

Aduh, hatiku berbelah bahagi. Diluah mati emak, ditelan mati bapak *okay yang ni aku sangat pasti akan penggunaannya. Aku tarik handphone dari poket. Aku bukak inbox. Aku scroll ke bawah dan jumpa satu message yang salama ni menghantuiku sampai membuatkan hatiku tak tenteram.

"Assalamualaikum aku nak mintak tolong. Gambar aku yg tak elok2 tu jgn disiarkan kat fb tau. Harap kau boleh tolong bagi kerjasama thanks *smiley sengih sengih* "

Anyone? Boleh tolong aku definisikan "tak elok2" tu?

Takpe, kita K.I.V. je soalan tu.

Hati aku makin tak keruan. Peluh jantan hampir memercik di dahi, tapi nasib baik tak sempat sebab aku betina perempuan. Aku dah tak boleh tahan dah ni. Rasanya kalau ada 70 orang lelaki panas dan perkasa kat depan aku pun aku boleh persetankan mereka hanya kerana keinginan di dalam hati yang semakin memuncak. Okay, dah tak boleh kawal. Aku harus laksanakannya sebelum peluang ini lesap dari pandangan. Masa tu aku teringat kaunselor kat sekolah dulu ada cakap, "Grab a chance, you might just have it once in a lifetime". Lebih kurang macam tu lah.
Okay, bersambung. Maka, aku mengkujurkan badan aku atas katil. Kaki lurus dan kepala tegak; menghadap skrin laptop.

Mereka harus tahu!

Mereka harus lihat!




Aku  bersyukur, akhirnya :')

Khamis, April 21

Aisehmen

Ni yang bosan ni, perkara biasa bila dah kat rumah memang payah nak duduk jauh jauh dari laptop. TV tak tengok pun takpe tau. Yang penting bila dah kat rumah mesti nak hadap laptop. Tak kisah lah layan FB sampai lebam ke, bukak Billboard tengok lagu lagu latest ke, bukak Youtube tengok video clips (oh btw aku baru je tengok Christina Perri's Jar of Hearts; best gila oooo), merayau kat Blogspot baca luahan luahan hati melankolik member ke.

Haaa.

Masalahnya, takkan ni yang aku nak buat selama cuti +-5 bulan ni?

Eh, jap. Lupa nak habaq. Cuti 5 bulan?

Hehohihehohihehohihehohi :D

OMG OMG the FINAL IS FINALLY OVER !!!
I'VE GRADUATED MATRICS !!!
*screaming out loud insanely on the peak of a hill

So, guys let's enjoy the f-ing fun of doing nothing at all!

Apekedehal orang dah balik semalam baru nak cerita hari ni :3


Teruja sangat ni. Let her be, let her be.



Got lots more bags to be unpacked. Anyone?

p/s : Cerita Ketut Liyer macam dalam paper English hari tu sumpah buat aku sangap nak tengok Eat Pray Love. Tapi bila dah tengok takde lah best mana. Ceiss :\

Sabtu, Mac 19

Si Buruk

Klik untuk tumbesaran
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dulu masa aku kecik kecik, aku suka memilih kawan. Maksud aku, by their look. Aku masa kecik pandai jaga penampilan ok. Tudung aku ok je. Awning stay mantap walaupun tak semantap sekarang laa kan. Sebab tu lah aku tak suka kawan dengan budak selekeh. Kalau ada budak selekeh nak join geng aku main teng teng, kitorang cakap,

"Huh, tak boleh! Awak punya tudung ada sambal!"

Peduli apa dia nak nangis ke apa. Kejam kan kejam kan. Dan lagi satu, aku pernah ada issue nak berkawan dengan budak lelaki kelas aku masa aku sekolah rendah, masa Tahap 1 to be exact. When we were having Pendidikan Jasmani, we would line up according to our sport houses. So, sebab aku ni memang mangat habis masa kelas Pendidikan Jasmani, aku selalu line up paling depan dalam barisan budak perempuan, so bila kena gabung satu house, aku kena laa beratur belakang budak lelaki. And, the boy in front of me would be the tallest, yet the biggest among all boys of our class! So, just imagine, every time after main, dengan berpeluh peluh tu, we had to line up. And when the ketua class cakap,
"Angkat, jatuh, angkat, jatuh",
 I have had to put my hands on his shoulders! Erghh, geli hell! *No offense, hihihi :D

Tu dulu masa aku kecik kecik. Aku selalu judge orang by their physical appearance. Orang gemuk sikit, tak lawa sikit, selekeh sikit, aku dah tanak kawan.
Macam laa aku ni cantik sangat kan kan kan. BOOHOOOO!! Tah apa apa lah Fatien ni kan kan kan.
Aku ada ingat satu insiden, seorang budak perempuan ni memang mempunyai tahap kegemukan yang semulajadi melampau. Aku tak pernah nak layan apa dia cakap. Huh! Jahat kan aku, eh tapi takde laa tak pernah. Maybe ada, sekali dua barangkali. Kitorang selalu pulaukan dia kalau nak main getah yang lompat lompat tu. Tapi, pada suatu petang yang tak de la panas, tak sejuk gak, suam suam kuku la kan, dia bagi aku pinjam payung dia! Pehh concern bhai! Aku terharu bagai nak gila terus terima pelawaan dia, huh tak segan, kan kan.

Zaman sekolah dah berlalu. Sekarang kat college pulak. It's not that I'm gonna say that aku sama macam dulu, memilih kawan by their appearance. NO. Cuma, bila aku terjumpa seseorang yang err, sorry for the word, tapi dia memang buruk, aku teringat laa kisah lama. Dia buruk weh, sumpah aku taktipu! Tapi, sebab dia baik dengan aku, aku pun tolak ke tepi semua tu, seperti yang pernah aku tulis dalam Maganda dulu.

And and siapa sangka, Fatien and the beast would become friends sampai sekarang? Kitorang mula kenal masa main basketball. See, we share the same interest in sport, even though dia ada black belt for taekwondo, aku takde -.- Lepastu, whenever we get back at college after cuti ke, sure aku akan dapat text macam ni,

"Hai awak, dinner kita macam mana?"

Aku tak tau laa dia nak concern dinner aku, or dinner dia sendiri. Tapi, tak kisah laa, demi dia, kalau dia ajak pergi koperasi, aku memang sedia temankan. Asal dapat maggi hotcup pun dia dah bersyukur.

Kadang kadang kan, dia selalu mengeluh dia tak lawa, "Ish, asal buruk ni?" masa tengok muka dia depan cermin. Aku kesian jugak kat dia, tapi dia cakap, "Ni ayah aku punya pasal la ni. Semua aku ikut dia"

Tapi, yang aku hairan sangat, dia ramai sangat scandal despite of her muka buruk ni. Masa awal awal masuk kolej ni, merata rata jalan mesrti ada je yang tegur dia. Lelaki la yang paling ramai. Bila malam je, banyak pulak message yang masuk inbox. Yang paling best, bukan lelaki je yang menaruh harapan kat dia. HAHA! Scary much?

Okay, jangan fikir lain. Mari ke pangkal jalan!

Oh yea, mesti korang dah sepak sepak bantal depan korang takpun gigit screen PC korang sebab tak sabar nak tau siapa dia ni. Huh lek luuh, apa laa korang ni. Kesabaran tu kan hak milik setiap insan.

Speaking of which, dia ni penyabar orangnya. Yelah, menjalani kehidupan sebagai orang buruk yang penuh getir dan liku, kenalah sentiasa sabar. Plus, kawan kawan selalu ejek dia punya sebutan konsonan 'D'. Kegagalan dia menyebut perkataan favorite kita-kita iaitu 'bodoh' sering menjadi bahan tawa. Mana tak nya, orang lain sebut 'bodoh' dia sebut 'bodho'. Hehehe peace beb! Kesabaran itu hak milik setiap insan :)

Okay okay, sekarang aku nak kenalkan korang dengan gerangan orang yang kita umpatkan dari tadi :3

Ish dah laa buruk, ada hati nak amik gambar poyo camni --'

Sila pengsan ye kawan kawan.

Kan aku cakap, ni baru satu. Sebenarnya raaaamai lagi :O

Tak sedar diri betul -.-

Tengok tu, ish ish *speechless

Bajet solehah laa pulak hmmph!

Ya Allah, apesal BURUK sangat ni? Tolonglah. Aaaaa!


Dia selalu tak puas hati dengan adik dia, sebab adik dia lagi comel dari dia. Dia selalu cakap,
"Nasib baik umur kitorang jauh beza, sebab, kalau tak, mungkin dia berpotensi untuk rampas pakwe aku nanti" 
-.-

Dia jugak pernah ajak aku ke arah memesongkan akidah. Betuuul *tiru gaya dia cakap. Buktinya, pada suatu petang masa aku ponteng lecture Chemistry sebab sakit kepala yang teramat sangat, dia hantar message kat aku yang berbunyi,

"Weh, jom buat sesuatu yang gila nak tak? Terjun bangunan ke, telan api ke. Bosan laa"

Aku pun nggak ngerti deh ngapain lho dia bilangin gitu ke aku. Gila ini cewek. Astaga *geleng kepala. Tapi, alhamdulillah. Akhirnya aku yang pulihkan dia ke kondisi yang normal. Hihohohihohiho.

Hmm, sebenarnya bukan sengaja aku post benda ni. Yelah, buang masa, space kat blog aku je tulis pasal dia ni hmmph! Tak tak, sebenarnya, hari ni, ialah hari yang bertarikh 20 Mac 2011. Hari di mana budak perempuan yang kita duk ngumpat dari tadi telah melalui satu fasa baru, iaitu perubahan umur dari 18 ke (genap) 19tahun. Boohooo ayuh lempar spanar cakera ke arah beliau nescaya akan diingatinya tarikh keramat ni! Ayuh ayuhh!

Straight to the point ok, babis ;

Happy birthday Amira Amalina! Sweet 19 :D 
Dah tua dah tua, yes yes!
Kita fight for this coming PSPM, kay?
I LOVE YOU lah bodho! Hhahaha :D


p/s : sebenarnya nak merajuk dengan kau semalam. Ada ke patut kau reply message sedih mengundang air mata aku dengan "hahaha" -.-

Ahad, Februari 6

Those Were Yesterday's Feelings.



Goodbye :')




P/s : Blogspot pun boleh jadi Tumblr.