Sabtu, Mac 19

Si Buruk

Klik untuk tumbesaran
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dulu masa aku kecik kecik, aku suka memilih kawan. Maksud aku, by their look. Aku masa kecik pandai jaga penampilan ok. Tudung aku ok je. Awning stay mantap walaupun tak semantap sekarang laa kan. Sebab tu lah aku tak suka kawan dengan budak selekeh. Kalau ada budak selekeh nak join geng aku main teng teng, kitorang cakap,

"Huh, tak boleh! Awak punya tudung ada sambal!"

Peduli apa dia nak nangis ke apa. Kejam kan kejam kan. Dan lagi satu, aku pernah ada issue nak berkawan dengan budak lelaki kelas aku masa aku sekolah rendah, masa Tahap 1 to be exact. When we were having Pendidikan Jasmani, we would line up according to our sport houses. So, sebab aku ni memang mangat habis masa kelas Pendidikan Jasmani, aku selalu line up paling depan dalam barisan budak perempuan, so bila kena gabung satu house, aku kena laa beratur belakang budak lelaki. And, the boy in front of me would be the tallest, yet the biggest among all boys of our class! So, just imagine, every time after main, dengan berpeluh peluh tu, we had to line up. And when the ketua class cakap,
"Angkat, jatuh, angkat, jatuh",
 I have had to put my hands on his shoulders! Erghh, geli hell! *No offense, hihihi :D

Tu dulu masa aku kecik kecik. Aku selalu judge orang by their physical appearance. Orang gemuk sikit, tak lawa sikit, selekeh sikit, aku dah tanak kawan.
Macam laa aku ni cantik sangat kan kan kan. BOOHOOOO!! Tah apa apa lah Fatien ni kan kan kan.
Aku ada ingat satu insiden, seorang budak perempuan ni memang mempunyai tahap kegemukan yang semulajadi melampau. Aku tak pernah nak layan apa dia cakap. Huh! Jahat kan aku, eh tapi takde laa tak pernah. Maybe ada, sekali dua barangkali. Kitorang selalu pulaukan dia kalau nak main getah yang lompat lompat tu. Tapi, pada suatu petang yang tak de la panas, tak sejuk gak, suam suam kuku la kan, dia bagi aku pinjam payung dia! Pehh concern bhai! Aku terharu bagai nak gila terus terima pelawaan dia, huh tak segan, kan kan.

Zaman sekolah dah berlalu. Sekarang kat college pulak. It's not that I'm gonna say that aku sama macam dulu, memilih kawan by their appearance. NO. Cuma, bila aku terjumpa seseorang yang err, sorry for the word, tapi dia memang buruk, aku teringat laa kisah lama. Dia buruk weh, sumpah aku taktipu! Tapi, sebab dia baik dengan aku, aku pun tolak ke tepi semua tu, seperti yang pernah aku tulis dalam Maganda dulu.

And and siapa sangka, Fatien and the beast would become friends sampai sekarang? Kitorang mula kenal masa main basketball. See, we share the same interest in sport, even though dia ada black belt for taekwondo, aku takde -.- Lepastu, whenever we get back at college after cuti ke, sure aku akan dapat text macam ni,

"Hai awak, dinner kita macam mana?"

Aku tak tau laa dia nak concern dinner aku, or dinner dia sendiri. Tapi, tak kisah laa, demi dia, kalau dia ajak pergi koperasi, aku memang sedia temankan. Asal dapat maggi hotcup pun dia dah bersyukur.

Kadang kadang kan, dia selalu mengeluh dia tak lawa, "Ish, asal buruk ni?" masa tengok muka dia depan cermin. Aku kesian jugak kat dia, tapi dia cakap, "Ni ayah aku punya pasal la ni. Semua aku ikut dia"

Tapi, yang aku hairan sangat, dia ramai sangat scandal despite of her muka buruk ni. Masa awal awal masuk kolej ni, merata rata jalan mesrti ada je yang tegur dia. Lelaki la yang paling ramai. Bila malam je, banyak pulak message yang masuk inbox. Yang paling best, bukan lelaki je yang menaruh harapan kat dia. HAHA! Scary much?

Okay, jangan fikir lain. Mari ke pangkal jalan!

Oh yea, mesti korang dah sepak sepak bantal depan korang takpun gigit screen PC korang sebab tak sabar nak tau siapa dia ni. Huh lek luuh, apa laa korang ni. Kesabaran tu kan hak milik setiap insan.

Speaking of which, dia ni penyabar orangnya. Yelah, menjalani kehidupan sebagai orang buruk yang penuh getir dan liku, kenalah sentiasa sabar. Plus, kawan kawan selalu ejek dia punya sebutan konsonan 'D'. Kegagalan dia menyebut perkataan favorite kita-kita iaitu 'bodoh' sering menjadi bahan tawa. Mana tak nya, orang lain sebut 'bodoh' dia sebut 'bodho'. Hehehe peace beb! Kesabaran itu hak milik setiap insan :)

Okay okay, sekarang aku nak kenalkan korang dengan gerangan orang yang kita umpatkan dari tadi :3

Ish dah laa buruk, ada hati nak amik gambar poyo camni --'

Sila pengsan ye kawan kawan.

Kan aku cakap, ni baru satu. Sebenarnya raaaamai lagi :O

Tak sedar diri betul -.-

Tengok tu, ish ish *speechless

Bajet solehah laa pulak hmmph!

Ya Allah, apesal BURUK sangat ni? Tolonglah. Aaaaa!


Dia selalu tak puas hati dengan adik dia, sebab adik dia lagi comel dari dia. Dia selalu cakap,
"Nasib baik umur kitorang jauh beza, sebab, kalau tak, mungkin dia berpotensi untuk rampas pakwe aku nanti" 
-.-

Dia jugak pernah ajak aku ke arah memesongkan akidah. Betuuul *tiru gaya dia cakap. Buktinya, pada suatu petang masa aku ponteng lecture Chemistry sebab sakit kepala yang teramat sangat, dia hantar message kat aku yang berbunyi,

"Weh, jom buat sesuatu yang gila nak tak? Terjun bangunan ke, telan api ke. Bosan laa"

Aku pun nggak ngerti deh ngapain lho dia bilangin gitu ke aku. Gila ini cewek. Astaga *geleng kepala. Tapi, alhamdulillah. Akhirnya aku yang pulihkan dia ke kondisi yang normal. Hihohohihohiho.

Hmm, sebenarnya bukan sengaja aku post benda ni. Yelah, buang masa, space kat blog aku je tulis pasal dia ni hmmph! Tak tak, sebenarnya, hari ni, ialah hari yang bertarikh 20 Mac 2011. Hari di mana budak perempuan yang kita duk ngumpat dari tadi telah melalui satu fasa baru, iaitu perubahan umur dari 18 ke (genap) 19tahun. Boohooo ayuh lempar spanar cakera ke arah beliau nescaya akan diingatinya tarikh keramat ni! Ayuh ayuhh!

Straight to the point ok, babis ;

Happy birthday Amira Amalina! Sweet 19 :D 
Dah tua dah tua, yes yes!
Kita fight for this coming PSPM, kay?
I LOVE YOU lah bodho! Hhahaha :D


p/s : sebenarnya nak merajuk dengan kau semalam. Ada ke patut kau reply message sedih mengundang air mata aku dengan "hahaha" -.-

Tiada ulasan: